Selasa, 25 Januari 2011

Syukur!

Assalamulaikum dan salam kecemerlangan. Hari ini saya ingin berbincang soal syukur. Erti syukur terletak pada kekerapan kita mengucap syukur. ALLAH suka pada sesiapa saja yang rajin bersyukur.Kesyukuran juga bermaksud kita redha dengan apa yang kita dapat. Tetapi syukur bukan bermakna kita terima sahaja apa yang tidak sepatutnya kita dapat. Kita mesti mengusahakan sesuatu hingga ketahap yang maksimum dan apabila 'result' nya terhasil kita baru boleh bersyukur.
Apabila kita rajin bersyukur, kesannya hidup kita akan jadi lebih tenang. Ketenangan itu adalah petanda bahawa rahmat ALLAH mengalir sebagai tanda ALLAH kasihkan kita.
Syukur jadi lebih bermakna apabila kita mengucapnya sepenuh hati hingga rasa kesyukuran itu meresap jauh ke dalam kalbu. Syukur sepenuh hati akan menjadikan kita lupa pada seribu satu permasalahan kehidupan, membuat kita optimis memperbaguskan kehidupan.
Oleh itu, selalu lah ucapkan syukur dan kembalikan kesyukuran kita kepada Allah. Semoga kita akan sentiasa cemerlang dan dikalangan orang yang bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan