Assalamualaikum,
Agak lama saya tidak dapat mengupdate blog. Beberapa minggu kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan agenda kerjaya dan peribadi. Tapi hari ini saya terpanggil untuk menulis, kerna semalam merupakan hari yang indah bagi saya dan seluruh umat islam didunia.....Tarikh 1 Muharam 1432 Hijrah adalah tarikh bersejarah bagi umat islam sejagat.
Pada tarikh keramat in i lah bermula perubahan besar dari segi penyebaran dakwah dan perkembangan islam hingga ke hari ini. Dengan bermulanya sejarah maal hijrah inilah Islam tersebar kepelosok dunia dan melahirkan masyarakat yang cemerlang dan gemilang yang amat dikagumi bukan saja pada zamanya, malah hingga hari ini serta Islam dapat menguasai sepertiga dunia.
Apa yang ingin saya ingin kongsikan ialah maksud tersirat dan lebih mendalam hijrah itu sendiri. Pengertian hijrah secara lebih umum adalah perubahan sikap dari negatif kepada yang lebih positif. Perubahan ini harus dimulai oleh azam dan semangat dan dituruti dengan keyakinan dan usaha yang berterusan.Saya amat yakin setiap orang pasti mempunyai matlamat ingin berubah, tetapi bagaimana ingin memulakannya?
Persoalan ini amat mudah sekiranya kita ada perancangan dan sedikit keinginan untuk belajar dari persekitaran dan dari individu yang telah berubah dan berjaya. Sebagai contoh , semalam saya dan keluarga telah meluangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, hampir setengah hari berpusing-pusing di Central Market, Petaling Street, Bangsar, Jalan Pudu dan KLCC. Hati saya mat sedih kerana jumlah peniaga dan kedai-kedai milik umat Islam terutamanya melayu amat menyedihkan. Dan saya seolah-olah berada di Jakarta atau Myamar. Dimana perginya anak-anak melayu Islam? Semua peluang pekerjaan di kedai-kedai, Restoren-restoren dan tempat-tempat tumpuan pelancong di kuasai oleh warga asing. Pemilik premis apatah lagi, nak cari Pemilik Islam atau Melayu terlalu kurang. Di sinilah saya dapat merasakan titik permulaan hijrah yang sepatutnya ada pada umat Islam dan orang melayu. Kita harus berhijrah dari susana "selesa" ke susana "serius" untuk meningkatkan ekonomi & sosial bangsa dan agama kita.
Berdetik dihati saya " Apakah ada "hijrah" di hati anak bangsaku .......? Wallahuaalam. Dalam hati ini berkata "Aku ingin berhijrah, Ya Allah Kau suntikkanlah semangat di hati ini untuk berhijrah ke arah mengukuhkan ekonomi dan martabat diri , keluarga dan bangsaku"......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan