Assalamualaikum W.B.T
“Ini tulisan yang menggulung rentak suka nan duka yang ingin dikongsi. Tiadalah erti warkah ini melainkan sekadar mencari insaf dan sedar serta berkongsi maklumat bagi memotivasikan buat yang bernama diri. Carilah yang tersirat daripada yang tersurat di Konsep Pintar Nash Hj Adnan.”
KONSEP PINTAR NASH HJ ADNAN konseppintarnashhjadnan.blogspot.com adalah merupakan ‘siri motivasi dan teknik pembangun diri’ untuk menerobos sempadan minda dan kemahuan, buat memancar ilham, meraih secebis rasa sedar dan insaf buat yang bernama diri.
Hidup mesti bertuju. Tanpa matlamat dan misi, apa yang diimpi pasti akan hanya sebagai angan.
Harus dibeza antara impian, harapan dan imaginasi. Ya, saya punya imaginasi yang cukup besar. Saya mahukan sesuatu yang hebat-hebat dalam hidup. Adakah itu salah? Adakah itu dikira berdosa?
Tuhan tidak pernah melarang hambanya untuk mengejar kejayaan di dunia selagi hidup di sana tidak disampingkan. Marilah kita mencari, menerobos dan menggali segala mutiara dan aura dalam diri kita.
Kita sebenarnya mampu untuk terbang… mengapa masih mahu merangkak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan