Isnin, 10 Januari 2011

Meningkatkan Motivasi Diri



Assalamualaikum. Gembira rasa hati saya hari ini dapat meluangkan masa bersama anak tercinta bermain badminton. Sebenarnya dah agak lama tiada kesempatan dek kesibukan dengan kerja dan lawatan -lawatan kerja sejak beberapa bulan ini. dalam itu, benak saya teringat dengan kata- kata anak saya beberapa bulan lalu.....

“Ayah, bosanlah hari ni, nak semua benda tak boleh. Nak main game tak boleh, nak main kat padang tak boleh, nak keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh… semua tak boleh!!!”
Anda pernah mendengar anak-anak / adik-adik anda merungut seperti ini?
Ada beberapa petua untuk menjadikan adik-adik, anak-anak dan generasi kita-kita ini lebih perkasa, lebih bermotivasi dan lebih bersemangat dalam meniti hidup-hidup ini adalah:
1) Mencuba sesuatu yang baru
Hobi dan kesukaan kita ada takat dan jangka hayatnya,  Sampai masa, ia akan habis, akan tamat. Macam jangka hayat kita di dunia ini, bila diseru dan dipanggil Allah maka kita akan kembali ke alam sana. Hobi dan minat juga begitu, sampai masa ia akan tamat dan anda perlu lakukan sesuatu. Bagaimana?
Ubahlah hobi anda. Bermain game tidak pernah salah  jika anda rasakan itu mampu memberikan ketenangan kepada minda anda. Bersiar-siar seketika di taman rekriasi juga elok, kot-kot mana tahu kat situ nanti kita bakal ditemukan dengan banyak lagi hobi, aset-aset sampingan  atau teman-teman yang tidak pernah kita jangkakan.
Mulai hari ini, cuba barukan hobi anda, pelbagaikan hidup anda, jadikan hidup ini penuh dengan warna warni, anda pasti tidak akan pernah kenal erti puas, makna bosan dan jawapan kepada hidup ialah gembira, hasil kepada nyawa kita ini adalah keriangan, kegembiraan dan kepuasan yang tidak pernah ada habisnya…
Cubalah, selagi ada daya, selagi punya kekuatan, selagi syariat tidak membataskan…Semoga bertambah cemerlang dan Bermotivasi selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan