Selasa, 25 Januari 2011

Syukur!

Assalamulaikum dan salam kecemerlangan. Hari ini saya ingin berbincang soal syukur. Erti syukur terletak pada kekerapan kita mengucap syukur. ALLAH suka pada sesiapa saja yang rajin bersyukur.Kesyukuran juga bermaksud kita redha dengan apa yang kita dapat. Tetapi syukur bukan bermakna kita terima sahaja apa yang tidak sepatutnya kita dapat. Kita mesti mengusahakan sesuatu hingga ketahap yang maksimum dan apabila 'result' nya terhasil kita baru boleh bersyukur.
Apabila kita rajin bersyukur, kesannya hidup kita akan jadi lebih tenang. Ketenangan itu adalah petanda bahawa rahmat ALLAH mengalir sebagai tanda ALLAH kasihkan kita.
Syukur jadi lebih bermakna apabila kita mengucapnya sepenuh hati hingga rasa kesyukuran itu meresap jauh ke dalam kalbu. Syukur sepenuh hati akan menjadikan kita lupa pada seribu satu permasalahan kehidupan, membuat kita optimis memperbaguskan kehidupan.
Oleh itu, selalu lah ucapkan syukur dan kembalikan kesyukuran kita kepada Allah. Semoga kita akan sentiasa cemerlang dan dikalangan orang yang bersyukur.

Khamis, 13 Januari 2011

Ceramah Motivasi : Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang di SMK Desa Cempaka , Nilai

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini saya masih diberi kekuatan untuk berkongsi idea dan ilmu di dalam blog ini. Semalam adalah hari yang penuh dengan dugaan. saya berada di Bandar Nilai kerana memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah menengah Desa Cempaka. Dalam perjalanan saya mendapati beberapa buting Konsep Pintar yang di gantung sepanjang jalan dan telah mendapat kelulusan pihak berkuasa di buang dan di gantikan dengan bunting iklan syarikat lain yang tiada lesen.Saya yakin dan percaya Seminar Pengurusan Masa Di Allson Putra, Nilai yang telah dirancang pada 23 Januari akan datang berjalan dengan  lancar.  Dengan hati yang positif saya berdoa kehadrat Ilahi agar dipermudahkan segala urusan berkaitan

Di SMK Desa Cempaka saya menyampaikan motivasi Konsep Pintar Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang kepada 145 orang pelar tingkatan 5. Sambutan daripada pelajar-pelajar SMK Desa Cempaka amat menggalakkan dan mereka amat gembira dengan Konsep Pintar. Mereka amat teruja terutama berkaitan Lakaran Minda sebelum Tidur dan Teknik "Fokus" untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kerjasama yang di berikan oleh Unit Kaunseling SMK Desa Cempaka saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya amat percaya pelajar-pelajar SMK Desa Cempaka akan mencapai kecemerlangan didalam SPM tahun ini kerana semangat yang di tunjukan amat mengujakan.

Aktiviti pemfokusan minda yang di jalankan kepada beberapa orang pelajar memberi respon yang baik. Pelajar "enjoy" dan teruja dengan kaedah Fokus Minda yang saya terangkan. Saya amat berharap pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan konsep tersebut. saya juga memaklumkan kepada pelajar bahawa team konsep pintar akan berada di Hotel Allson Klana Putra pada 23 Januari ini. Jika mereka ingin mendalami Konsep pengurusan Masa Pelajar Cemerlang dan Teknik Belajar yang betul mereka masih ada peluang untuk mendaftar. Semoga berjaya dan sentiasa cemerlang.

Isnin, 10 Januari 2011

Meningkatkan Motivasi Diri



Assalamualaikum. Gembira rasa hati saya hari ini dapat meluangkan masa bersama anak tercinta bermain badminton. Sebenarnya dah agak lama tiada kesempatan dek kesibukan dengan kerja dan lawatan -lawatan kerja sejak beberapa bulan ini. dalam itu, benak saya teringat dengan kata- kata anak saya beberapa bulan lalu.....

“Ayah, bosanlah hari ni, nak semua benda tak boleh. Nak main game tak boleh, nak main kat padang tak boleh, nak keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh… semua tak boleh!!!”
Anda pernah mendengar anak-anak / adik-adik anda merungut seperti ini?
Ada beberapa petua untuk menjadikan adik-adik, anak-anak dan generasi kita-kita ini lebih perkasa, lebih bermotivasi dan lebih bersemangat dalam meniti hidup-hidup ini adalah:
1) Mencuba sesuatu yang baru
Hobi dan kesukaan kita ada takat dan jangka hayatnya,  Sampai masa, ia akan habis, akan tamat. Macam jangka hayat kita di dunia ini, bila diseru dan dipanggil Allah maka kita akan kembali ke alam sana. Hobi dan minat juga begitu, sampai masa ia akan tamat dan anda perlu lakukan sesuatu. Bagaimana?
Ubahlah hobi anda. Bermain game tidak pernah salah  jika anda rasakan itu mampu memberikan ketenangan kepada minda anda. Bersiar-siar seketika di taman rekriasi juga elok, kot-kot mana tahu kat situ nanti kita bakal ditemukan dengan banyak lagi hobi, aset-aset sampingan  atau teman-teman yang tidak pernah kita jangkakan.
Mulai hari ini, cuba barukan hobi anda, pelbagaikan hidup anda, jadikan hidup ini penuh dengan warna warni, anda pasti tidak akan pernah kenal erti puas, makna bosan dan jawapan kepada hidup ialah gembira, hasil kepada nyawa kita ini adalah keriangan, kegembiraan dan kepuasan yang tidak pernah ada habisnya…
Cubalah, selagi ada daya, selagi punya kekuatan, selagi syariat tidak membataskan…Semoga bertambah cemerlang dan Bermotivasi selalu.

Ahad, 9 Januari 2011

Mengapa Pelajar Mengantuk Di Kelas?


Alhamdulillah bersua kembali kita, Sebut sahaja ceramah, semua akan mengantuk. Benar? Ya, saya percaya anda semua turut mengalaminya. Bukan saya seorang, bukan kepada ibu-ibu, tidak hanya golongan remaja bahkan semua di dunia ini pasti mengalami.  
Bagi yang sedang berada di alam persekolahan atau pun universiti, suasana di dalam kelas dan dewan kuliah sudah tentu membuatkan anda semua mengantuk, terutama ketika guru dan pensyarah sedang mengajar di tengahari , malahan pagi hari pun. Mengapa boleh jadi begini?
Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa  Pelajar akan mengantuk di dalam kelas. Antaranya : 
  1. Tiada persediaan – Ya, ramai di kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan atau pun ketika di alam universiti yang tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila anda tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, anda akan cepat hilang tumpuan. Yalah, apa yang diajar oleh guru anda tidak pernah pun tahu. Bagaimana mahu rasa seronok? Macamana ingin merasa mudah ketika guru mengajar? Justeru, pastikan anda membaca dahulu apa yang akan disampaikan oleh guru atau pensyarah pada hari tersebut sebelum ke kelas.
  2. Kurang tidur – Ramai yang beranggapan bahawa, tidur lewat adalah jalan penyelesaian terbaik untuk score di dalam peperiksaan. Ya, benar. Ramai orang berjaya yang berbuat demikian. Tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi lebih ramai orang berjaya yang tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas. Dan apa yang cikgu dan pensyarah ajar anda akan kurang faham. Justeru mengapa tidur lewat?
  3. Tidak fokus - Percayakah anda kalau saya katakan bahawa lebih separuh peratus pelajar-pelajar yang tidak memberikan perhatian ketika guru atau pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan atau membiarkan fikiran anda bebas menanar ke mana-mana. Pensyarah, guru perasan kalau anda berangan. Pensyarah nampak. Justeru, sebelum ke kelas, ikhlaskan hati. Betulkan semula niat. Ya, aku hendak ke kelas untuk mengutip seberapa banyak ilmu. Buat begitu, insyaAllah segala yang diajar akan lekat di minda.
  4. Kurang minat – Mengapa tidak minat? Bosan? Kalau anda ingin berjaya, anda harus minat. Ya, anda wajib untuk menyukai setiap pelajaran dan subjek yang anda ambil. Apa guna anda belajar subjek berkenaan jika anda sendiri tidak minat subjek itu. Ingat, sesuatu yang sukar itu seringkali bermula dengan yang sukar-sukar. Kuatkan hati, tanamkan azam yang jitu. Tambahkan minat terhadap mata pelajaran yang kurang diminati. Lakukanlah apa sahaja untuk memastikan anda minat dan seronok terhadap  tajuk dan subjek berkenaan.
  5. Fizikal dan Mental : Ya, kekadang itu kita tidak sedar bahawa mental dan fizikal kita juga perlu rehat yang mencukupi. Dapatkah anda bayangkan sebuah kereta yang bergerak 24 jam tanpa henti dan ia terus bergerak lagi untuk 24 jam yang seterusnya tanpa henti. Apa akan terjadi? Ya, begitu juga tubuh kita. Manusia bukannya robot. Robot juga kalau tidak digunakan dengan sebaiknya akan rosak. Justeru, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Rehat fizikal, rehat juga minda. Buanglah segala masalah yang sedang melanda dan mengusutkan anda. Semoga anda menjadi manusia paling berjaya!
Insya Allah, saya akan memberi beberapa tips tentang cara mengelakkan ngantuk di dalam kelas pada entry akan datang.


Selasa, 4 Januari 2011

Kembara Ilmu Konsep Pintar


Assalammualaikum,

Alhamdulillah, kini kita telah berada di tahun baru . Segala perancangan bermula dan menanti perlaksanaan sahaja. Mengimbas penghujug tahun 2010 lalu, saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti kembara ke Cambodia dan Bangkok. Sepanjang perjalanan tersebut banyak perkara yang menginsafkan berlaku. Pengalaman bersama kanak-kanak islam Melayu Champa masih terpahat di dalam hati ini. Pilu, insaf saling berganti.

Masih terbayang di kepala ini wajah-wajah riang anak-anak orang melayu Champa mengaji Al Quran dalam keadaan yang agak daif, comot dan kekurangan fasiliti. Namun demi menjulang keagungan Islam, mereka tetap meneruskan pengajian mereka dengan penuh kesungguhan. Air mata ini tidak dapat ditahan, lalu mengalir kepipi bersama harapan dan doa semoga satu sinar akan menjelma untuk umat Islam di bumi Cambodia.

Di benak ini juga berharap satu hari nanti kaki ini akan kembali ke Cambodia untuk menghulurkan bantuan semampu yang mungkin. Harapan agar bantuan yang berupa peralatan tulis, Al Quran dan pakaian terpakai yang akan di kumpulkan dapat memberi secarit senyuman kepada anak-anak Islam Cambodia. Ya Allah, Kau makbulkan lah doa Hambamu ini.

Selamat Berjaya dan Sentiasa Cemerlang .