Konsep Pintar merupakan satu konsep pendidikan Bermotivasi yang di asaskan oleh En Nasharudin Hj Adnan dari Konsep Pintar Solution. Di antara konsep pintar yang terdapat adalah MasA (Mula Awal Skor A) , Modul -modul Motivasi seperti Konsep Pintar Pengurusan masa , Konsep Pintar Pra Pelajar Cemerlang dan Konsep Pintar Minda Cemerlang.
Rabu, 22 Disember 2010
Rahsia Pelajar Cemerlang
Assalamualaikum, beberapa hari kebelakangan ini saya agak sibuk dengan rutin tugasan. Namun saya mencuba juga mencari waktu -waktu yang sesuai untuk saya menulis dan mengupdate blog ini. Rasa macam tidak percaya bila melihat peredaran masa yang amat pantas sekarang. 23 Disember 2010 sehingga 1 Januari 2011 saya pula akan berangkat ke Cambodia kerana tugasan. kembali dari Cambodia saya perlu memberi tumpuan kepada Seminar Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang Konsep Pintar MasA di Allson Klana Nilai. Tetapi benak saya asyik memikirkan tentang keputusan PMR yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, mungkin ketika keputusan di keluarkan saya tiada di Malaysia. Saya terfikir tentang pelajar-pelajar saya yang akan mengambil keputusan kelak. Rasa gementar pula seolah saya yang telah menduduki PMR.
Namun saya percaya bahawa bagi pelajar yang telah membuat persediaan awal sejak dari tingkatan satu lagi pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang. bagi saya rahsia pelajar cemerlang adalah Mula Awal dan Teknik Belajar Yang Betul . Dengan adanya persediaan rapi dan pembelajaran yang konsisten pasti akan membuahkan hasil yang terbaik. Apa-apapun saya mendoakan semoga semua yang telah menduduki peperiksaan PMR akan mendapat keputusan yang membanggakan. Selamat Berjaya!
Rabu, 15 Disember 2010
Seminar Pengurusan Masa Konsep Pintar MASA (Mula Awal Skor A)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini saya rasa lega apabila meneliti program-program yang telah saya jalankan sepanjang 2010 berjaya dan dapat dimanfaatkan oleh ramai pelajar di seluruh Malaysia. Menjelang 2011 pula beberapa program motivasi telah dirancang dan antara yang terdekat adalah Seminar Pengurusan Masa Konsep Pintar MASA (Mula Awal Skor A) di Allson Klana, Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Jan 2011.
InsyaAllah, program ini akan menjadi landasan dan permulaan bagi tahun 2011 akan datang. Semua tenaga kerja Konsep Pintar Solution telah memerah keringat bagi menjayakan program ini kelak. Program motivasi ini di harap dapat memberi manfaat serta membantu para pelajar di sekitar Nilai, Bandar Enstek, Dengkil, Banting dan Salak Tinggi atau sekitaran Lembah Klang untuk bersedia menjadi Pelajar Cemerlang. Program motivasi ini terbuka kepada semua pelajar dari tahun 3 sehingga peringkat SPM. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad. Oleh itu, diharap sesiapa yang berminat boleh lah membuat tempahan awal.
Modul-modul yang menarik seperti, Konsep Pintar Teknik belajar, Konsep Pintr Teknik hafalan, Konsep Pintar Pengurusan Masa dan Konsep Pintar Pelajar Cemerlang akan di kongsi bersama dengan semua peserta. Saya sebagai penceramah utama akan berkongsi idea dan kepakaran bersama-sama dengan beberapa orang penceramah jemputan, Pn Noorhelyna - Pakar matematik UKM, En Azsmi Ibrahin Arkitek.
Program yang menerapkan konsep melahirkan pelajar cemerlang berdasarkan kepercayaan bahawa "setiap pelajar mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang"
Konsep Pintar, percaya bahawa dengan berpegang kepada formula : Impian + Perancangan + Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan, setiap orang pasti boleh menjadi cemerlang.
Maklumat Program:
Program : SEMINAR PENGURUSAN MASAPELAJAR CEMERLANG KONSEP PINTAR MASA (MULA AWAL SKOR A)
Tempat : Hotel Allson Klana, Nilai Negeri Sembilan
Tarikh: 23 Januari 2011 (Ahad)
Waktu : 8.30 am - 5.00 ptg
Penceramah : 1. En : Nasharudin Hj Adnan (Professional Motivator)
2. Pn Noorhelyna Razali (Pensyarah/Pakar Matematik UKM)
3. En Azsmi Ibrahim (Arkitek)
Berminat : Sila hubungi : 016 233 4471
03 - 6204 5607
Fax: 03 6204 5683
email: nashadnan@gmail.com
Selamat Berjaya!.
Selasa, 14 Disember 2010
Terurus dan Mengurus : Rahsia orang yang cemerlang
Meja Yang Tak Terurus, memberi imej " Kepincangan Dalam Pengurusan"
Assalamualaikum ,
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kekuatan untuk menyiapkan semua ageda 2010 dengan teratur dan mencapai matlamat seperti yang dirancangkan. Agenda perancangan 2011 pun telah dapat di draf dengan baik sekali.
Setelah dua minggu menghadap komputer,report dan calender 2010/2011, kini tiba masa untuk membuat 'house keeping' pula. Meja dan fail-fail semua kena di urus dengan baik. Saya teringat dengan kata-kata pensyarah saya dulu, Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang bijak "Mengurus dan Terurus". saya terus bersemangat dan melaksanakan perancangan saya dengan baik serta berharap outcome nya juga yang terbaik.
Rahsia kejayaan seseorang adalah dia pandai mengurus diri sendiri, orang bawahan nya, dan perkara-perkara di sekitarannya. Selain itu yang amat penting dalam usaha dia mengurus, dia juga mesti kelihatan terurus tidak berserabut (Organized). Begitu juga halnya dengan diri seorang pelajar yang cemerlang, Dia mesti lah pandai mengurus dan terurus dengan baik sekali. Diri yang terurus akan menggambarkan minda yang terancang dan cemerlang. Semoga tips dari pensyarah saya ini akan memberi semangat buat diri ini dan semua yang membaca blog saya ini. Selamat Mengurus dengan baik.

Ahad, 12 Disember 2010
Hari Baru , Semangat Baru!
Assalamualaikum ,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan lagi usia kita dan di pertemukan lagi dengan hari dan minggu baru. Pejam celik , pejam celik dah masuk 13 desember 2010 , hanya 18 hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2010 yang penuh dengan kenangan indah. Dimana 2010 adalah tahun yang memberi semangat juang yang tinggi.
Bagi memastikan motivasi dan semangat untuk bekerja beterusan pada tahun 2011 akan datang, kita kena memastikan semua perancangan dan objektif tahun 2011 telah sedia dan berada di atas landasan yang betul. Terlalu banyak agenda yang telah bersarang di kepala dan perlu diluahkan pada tahun hadapan.Bagi saya minggu ini adalah minggu yang amat sesuai untuk kita melakarkan dan mencoretkan semua agenda yang telah lama duduk di kotak minda kita ke kalender perancangan tahun 2011 sebelum fasa perlaksanaan dijalankan.
Saya pasti, impian ,perancangan , pengurusan dan plan perlaksanaan yang strategik akan membuahkan hasil yang lumayan dan sukses. Olehitu, saya selalu berpegang kepada konsep
Impian + Perancangan + Usaha + Tawakkal = Kejayaan.
Formula inilah yang telah saya laksanakan beberapa tahun sudah dan Alhamdulilla telah membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Selamat berjaya membuat perancangan!
Sabtu, 11 Disember 2010
Sungai kita : Sikap Vs Tabiat
Assalamualaikum ,
Selamat pagi, Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. hari ni saya menghabiskan masa untuk bersama keluarga tercinta, beriadah di taman tasik. Wah! amat menyeronokan, join kumpulan taichi dan ber jogging . Sambil-sambil itu harapan dapat menghirup udara segar. tetapi amat menyedihkan, apabila keadaan tidak seperti yang diharapkan. Keadaan Taman tasik Shah Alam tidak seperti dahulu, terbiar dan kotor. Selain itu, bau yang kurang enak terpaksa dihidu sepanjang masa beriadah. Amat menyakitkan hati. Tetapi ada seperkara lagi yang menyakitkan hati, dalam perjalanan pulang saya telah melalui sebatang sungai : Sungai Penchala di Sri Muda, amat terkejut keadaan yang amat menjijkkan dan kotor sekali. Saya mengesyaki ada pihak-pihak tertentu membuang sampah kerana setiap minggu mesti keadaan ini akan berlaku.
Yang peliknya, pihak berkuasa tempatan seolah-olah membiarkan sahaja keadaan ini berlaku kerana tiada sebarang tindakan di ambil. Keadaan ini telah berulang beberapa kali dan telah sekian lama. Di manakah tanggungjawap dan amanah yang telah di berikan oleh rakyat. Selain itu keadaan ini menunjukan sikap rakyat Malaysia yang amat pengotor dan mementingkan diri. Tolonglah, saya tidak mahu keadaan ini menggambarkan sikap kita sebagai rakyat Malaysia. Saya masih percaya bahawa masih ramai warga Malaysia yang mencintai keindahan dan kebersihan. Saya rasa amat malu dan sedih dengan keadaan ini. Marilah kita bersama bertindak untuk kebaikan bersama.
Khamis, 9 Disember 2010
Masa itu Emas
Assalamualaikum ,
Masa itu Emas, peribahasa yang telah selalu kita dengar. Tapi kita masih mengabaikan masa walau kita tahu nilai masa di ibaratkan seperti emas. Bukankah emas itu amat berharga, sejak dari dulu hingga kehari ini, emas tetap menjadi perbandingan kemewahan dan ketinggian kualiti. Dengan itu, jika masa diibaratkan seperti emas adakah kita boleh mengabaikan nya begitu saja? Atau membuang masa tanpa membuat apa-apa?
Pernah tak kita terfikir, adakah jam 6 pagi, 10/12/2010 akan berulang? Ingatlah, setiap saat yang pergi, ia tidak akan kembali lagi walau apa sekali "magik" yang kita gunakan. Jadi gunakanlah setiap saat itu dengan berhemah. Jangan lah kita boros dan membazirkan masa begitu saja. Keadaan ini juga berkait dengan Umur kita, hari kehari ia akan bertambah dan tidak akan berpatah balik. Fikir-fikirkan lah.
Selasa, 7 Disember 2010
Maal Hijrah, Satu Permulaan.
Assalamualaikum,
Agak lama saya tidak dapat mengupdate blog. Beberapa minggu kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan agenda kerjaya dan peribadi. Tapi hari ini saya terpanggil untuk menulis, kerna semalam merupakan hari yang indah bagi saya dan seluruh umat islam didunia.....Tarikh 1 Muharam 1432 Hijrah adalah tarikh bersejarah bagi umat islam sejagat.
Pada tarikh keramat in i lah bermula perubahan besar dari segi penyebaran dakwah dan perkembangan islam hingga ke hari ini. Dengan bermulanya sejarah maal hijrah inilah Islam tersebar kepelosok dunia dan melahirkan masyarakat yang cemerlang dan gemilang yang amat dikagumi bukan saja pada zamanya, malah hingga hari ini serta Islam dapat menguasai sepertiga dunia.
Apa yang ingin saya ingin kongsikan ialah maksud tersirat dan lebih mendalam hijrah itu sendiri. Pengertian hijrah secara lebih umum adalah perubahan sikap dari negatif kepada yang lebih positif. Perubahan ini harus dimulai oleh azam dan semangat dan dituruti dengan keyakinan dan usaha yang berterusan.Saya amat yakin setiap orang pasti mempunyai matlamat ingin berubah, tetapi bagaimana ingin memulakannya?
Persoalan ini amat mudah sekiranya kita ada perancangan dan sedikit keinginan untuk belajar dari persekitaran dan dari individu yang telah berubah dan berjaya. Sebagai contoh , semalam saya dan keluarga telah meluangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, hampir setengah hari berpusing-pusing di Central Market, Petaling Street, Bangsar, Jalan Pudu dan KLCC. Hati saya mat sedih kerana jumlah peniaga dan kedai-kedai milik umat Islam terutamanya melayu amat menyedihkan. Dan saya seolah-olah berada di Jakarta atau Myamar. Dimana perginya anak-anak melayu Islam? Semua peluang pekerjaan di kedai-kedai, Restoren-restoren dan tempat-tempat tumpuan pelancong di kuasai oleh warga asing. Pemilik premis apatah lagi, nak cari Pemilik Islam atau Melayu terlalu kurang. Di sinilah saya dapat merasakan titik permulaan hijrah yang sepatutnya ada pada umat Islam dan orang melayu. Kita harus berhijrah dari susana "selesa" ke susana "serius" untuk meningkatkan ekonomi & sosial bangsa dan agama kita.
Berdetik dihati saya " Apakah ada "hijrah" di hati anak bangsaku .......? Wallahuaalam. Dalam hati ini berkata "Aku ingin berhijrah, Ya Allah Kau suntikkanlah semangat di hati ini untuk berhijrah ke arah mengukuhkan ekonomi dan martabat diri , keluarga dan bangsaku"......

Langgan:
Catatan (Atom)