Rabu, 22 Disember 2010

Rahsia Pelajar Cemerlang



Assalamualaikum, beberapa hari kebelakangan ini saya agak sibuk dengan rutin tugasan. Namun saya mencuba juga mencari waktu -waktu yang sesuai untuk saya menulis dan mengupdate blog ini. Rasa macam tidak percaya bila melihat peredaran masa yang amat pantas sekarang. 23 Disember 2010 sehingga 1 Januari 2011 saya pula akan berangkat ke Cambodia kerana tugasan. kembali dari Cambodia saya perlu memberi tumpuan kepada Seminar Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang Konsep Pintar MasA di Allson Klana Nilai. Tetapi benak saya asyik memikirkan tentang keputusan PMR yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, mungkin ketika keputusan di keluarkan saya tiada di Malaysia. Saya terfikir tentang pelajar-pelajar saya yang akan mengambil keputusan kelak. Rasa gementar pula seolah saya yang telah menduduki PMR.

Namun saya percaya bahawa bagi pelajar yang telah membuat persediaan awal sejak dari tingkatan satu lagi pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang. bagi saya rahsia pelajar cemerlang adalah Mula Awal dan Teknik Belajar Yang Betul  . Dengan adanya persediaan rapi dan pembelajaran yang konsisten pasti akan membuahkan hasil yang terbaik. Apa-apapun saya mendoakan semoga semua yang telah menduduki peperiksaan PMR akan mendapat keputusan yang membanggakan. Selamat Berjaya!

Rabu, 15 Disember 2010

Seminar Pengurusan Masa Konsep Pintar MASA (Mula Awal Skor A)



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini saya rasa lega apabila meneliti program-program yang telah saya jalankan sepanjang 2010 berjaya dan dapat dimanfaatkan oleh ramai pelajar di seluruh Malaysia. Menjelang 2011 pula beberapa program motivasi telah dirancang dan antara yang terdekat adalah Seminar Pengurusan Masa Konsep Pintar MASA (Mula Awal Skor A) di Allson Klana, Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Jan 2011.

InsyaAllah, program ini akan menjadi landasan dan permulaan bagi tahun 2011 akan datang. Semua tenaga kerja Konsep Pintar Solution telah memerah keringat bagi menjayakan program ini kelak. Program motivasi ini di harap dapat memberi manfaat serta membantu para pelajar di sekitar Nilai, Bandar Enstek, Dengkil, Banting dan Salak Tinggi atau sekitaran Lembah Klang untuk bersedia menjadi Pelajar Cemerlang. Program motivasi ini terbuka kepada semua pelajar dari tahun 3 sehingga peringkat SPM. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad. Oleh itu, diharap sesiapa yang berminat boleh lah membuat tempahan awal.

Modul-modul yang menarik seperti, Konsep Pintar Teknik belajar, Konsep Pintr Teknik hafalan, Konsep Pintar Pengurusan Masa dan Konsep Pintar Pelajar Cemerlang akan di kongsi bersama dengan semua peserta. Saya sebagai penceramah utama akan berkongsi idea dan kepakaran bersama-sama dengan beberapa orang penceramah jemputan, Pn Noorhelyna - Pakar matematik UKM, En Azsmi Ibrahin Arkitek.
Program yang menerapkan konsep melahirkan pelajar cemerlang berdasarkan kepercayaan bahawa "setiap pelajar mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang"

Konsep Pintar, percaya bahawa dengan berpegang kepada formula : Impian + Perancangan + Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan, setiap orang pasti boleh menjadi cemerlang.  

Maklumat Program:

Program :      SEMINAR PENGURUSAN MASAPELAJAR CEMERLANG KONSEP PINTAR    MASA (MULA AWAL SKOR A)

Tempat :  Hotel Allson Klana, Nilai Negeri Sembilan

Tarikh:    23 Januari 2011 (Ahad)

Waktu   :  8.30 am - 5.00 ptg

Penceramah :    1.  En : Nasharudin Hj Adnan (Professional Motivator)

                        2. Pn Noorhelyna Razali (Pensyarah/Pakar  Matematik UKM)
                       
                        3. En Azsmi Ibrahim (Arkitek)

Berminat : Sila hubungi : 016 233 4471
                                    03 - 6204 5607
                               Fax: 03 6204 5683
                               email: nashadnan@gmail.com


Selamat Berjaya!.

Selasa, 14 Disember 2010

Terurus dan Mengurus : Rahsia orang yang cemerlang

                                Meja Yang Tak Terurus, memberi imej " Kepincangan Dalam Pengurusan"

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kekuatan untuk menyiapkan semua ageda 2010 dengan teratur dan mencapai matlamat seperti yang dirancangkan. Agenda perancangan 2011 pun telah dapat di draf dengan baik sekali.

Setelah dua minggu menghadap komputer,report dan calender 2010/2011, kini tiba masa untuk membuat 'house keeping' pula. Meja dan fail-fail semua kena di urus dengan baik. Saya teringat dengan kata-kata pensyarah saya dulu, Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang bijak "Mengurus dan Terurus". saya terus bersemangat dan melaksanakan perancangan saya dengan baik serta berharap outcome nya juga yang terbaik.

Rahsia kejayaan seseorang adalah dia pandai mengurus diri sendiri, orang bawahan nya, dan perkara-perkara di sekitarannya. Selain itu yang amat penting dalam usaha dia mengurus, dia juga mesti kelihatan terurus tidak berserabut (Organized).  Begitu juga halnya dengan diri seorang pelajar yang cemerlang, Dia mesti lah pandai mengurus dan terurus dengan baik sekali. Diri yang terurus akan menggambarkan minda yang terancang dan cemerlang. Semoga tips dari pensyarah saya ini akan memberi semangat buat diri ini dan semua yang membaca blog saya ini. Selamat Mengurus dengan baik.

Ahad, 12 Disember 2010

Hari Baru , Semangat Baru!


Assalamualaikum ,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan lagi usia kita dan di pertemukan lagi dengan hari dan minggu baru. Pejam celik , pejam celik dah masuk 13 desember 2010 , hanya 18 hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2010 yang penuh dengan kenangan indah. Dimana 2010 adalah tahun yang memberi semangat juang yang tinggi.

Bagi memastikan motivasi dan semangat untuk bekerja beterusan pada tahun 2011 akan datang, kita kena memastikan semua perancangan dan objektif tahun 2011 telah sedia dan berada di atas landasan yang betul. Terlalu banyak agenda yang telah bersarang di kepala dan perlu diluahkan pada tahun hadapan.Bagi saya minggu ini adalah minggu yang amat sesuai untuk kita melakarkan dan mencoretkan semua agenda yang telah lama duduk di kotak minda kita ke kalender perancangan tahun 2011 sebelum fasa perlaksanaan dijalankan.

Saya pasti, impian ,perancangan , pengurusan dan plan perlaksanaan yang strategik akan membuahkan hasil yang lumayan dan sukses. Olehitu, saya selalu berpegang kepada konsep

 Impian + Perancangan + Usaha + Tawakkal = Kejayaan.

Formula inilah yang telah saya laksanakan beberapa tahun sudah dan Alhamdulilla telah membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Selamat berjaya membuat perancangan!

Sabtu, 11 Disember 2010

Sungai kita : Sikap Vs Tabiat



Assalamualaikum ,

Selamat pagi, Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. hari ni saya menghabiskan masa untuk bersama keluarga tercinta, beriadah di taman tasik. Wah! amat menyeronokan, join kumpulan taichi dan ber jogging . Sambil-sambil itu harapan dapat menghirup udara segar. tetapi amat menyedihkan, apabila keadaan tidak seperti yang diharapkan. Keadaan Taman tasik Shah Alam tidak seperti dahulu, terbiar dan kotor. Selain itu, bau yang kurang enak terpaksa dihidu sepanjang masa beriadah. Amat menyakitkan hati. Tetapi ada seperkara lagi yang menyakitkan hati, dalam perjalanan pulang saya telah melalui sebatang sungai : Sungai Penchala di Sri Muda, amat terkejut keadaan yang amat menjijkkan dan kotor sekali. Saya mengesyaki ada pihak-pihak tertentu membuang sampah kerana setiap minggu mesti keadaan ini akan berlaku.

Yang peliknya, pihak berkuasa tempatan seolah-olah membiarkan sahaja keadaan ini berlaku kerana tiada sebarang tindakan di ambil. Keadaan ini telah berulang beberapa kali dan telah sekian lama. Di manakah tanggungjawap dan amanah yang telah di berikan oleh rakyat. Selain itu keadaan ini menunjukan sikap rakyat Malaysia yang amat pengotor dan mementingkan diri. Tolonglah, saya tidak mahu keadaan ini menggambarkan sikap kita sebagai rakyat Malaysia. Saya masih percaya bahawa masih ramai warga Malaysia yang mencintai keindahan dan kebersihan. Saya rasa amat malu dan sedih dengan keadaan ini. Marilah kita bersama bertindak untuk kebaikan bersama.

Khamis, 9 Disember 2010

Masa itu Emas



Assalamualaikum ,

Masa itu Emas, peribahasa yang telah selalu kita dengar. Tapi kita masih mengabaikan masa walau kita tahu nilai masa di ibaratkan seperti emas. Bukankah emas itu amat berharga, sejak dari dulu hingga kehari ini, emas tetap menjadi perbandingan kemewahan dan ketinggian kualiti. Dengan itu, jika masa diibaratkan seperti emas adakah kita boleh mengabaikan nya begitu saja? Atau membuang masa tanpa membuat apa-apa?

Pernah tak kita terfikir, adakah jam 6 pagi, 10/12/2010 akan berulang? Ingatlah, setiap saat yang pergi, ia tidak akan kembali lagi walau apa sekali "magik" yang kita gunakan. Jadi gunakanlah setiap saat itu dengan berhemah. Jangan lah kita boros dan membazirkan masa begitu saja. Keadaan ini juga berkait dengan Umur kita, hari kehari ia akan bertambah dan tidak akan berpatah balik. Fikir-fikirkan lah.

Selasa, 7 Disember 2010

Maal Hijrah, Satu Permulaan.

Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak dapat mengupdate blog. Beberapa minggu kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan agenda kerjaya dan peribadi. Tapi hari ini saya terpanggil untuk menulis, kerna semalam merupakan hari yang indah bagi saya dan seluruh umat islam didunia.....Tarikh 1 Muharam 1432 Hijrah adalah tarikh bersejarah bagi umat islam sejagat.

Pada tarikh keramat in i lah bermula perubahan besar dari segi penyebaran dakwah dan perkembangan islam hingga ke hari ini. Dengan bermulanya sejarah maal hijrah inilah Islam tersebar kepelosok dunia dan melahirkan masyarakat yang cemerlang dan gemilang yang amat dikagumi bukan saja pada zamanya, malah hingga hari ini serta Islam dapat menguasai sepertiga dunia.

Apa yang ingin saya ingin kongsikan ialah maksud tersirat dan lebih mendalam hijrah itu sendiri. Pengertian hijrah secara lebih umum adalah perubahan sikap dari negatif kepada yang lebih positif. Perubahan ini harus dimulai oleh azam dan semangat dan dituruti dengan keyakinan dan usaha yang berterusan.Saya amat yakin setiap orang pasti mempunyai matlamat ingin berubah, tetapi bagaimana ingin memulakannya?

Persoalan ini amat mudah sekiranya kita ada perancangan dan sedikit keinginan untuk belajar dari persekitaran dan dari individu yang telah berubah dan berjaya. Sebagai contoh , semalam saya dan keluarga telah meluangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, hampir setengah hari berpusing-pusing di Central Market, Petaling Street, Bangsar, Jalan Pudu dan KLCC. Hati saya mat sedih kerana jumlah peniaga dan kedai-kedai milik umat Islam terutamanya melayu amat menyedihkan. Dan saya seolah-olah berada di Jakarta atau Myamar. Dimana perginya anak-anak melayu Islam? Semua peluang pekerjaan di kedai-kedai, Restoren-restoren dan tempat-tempat tumpuan pelancong di kuasai oleh warga asing. Pemilik premis apatah lagi, nak cari Pemilik Islam atau Melayu terlalu kurang. Di sinilah saya dapat merasakan titik permulaan hijrah yang sepatutnya ada pada umat Islam dan orang melayu. Kita harus berhijrah dari susana "selesa" ke susana "serius" untuk meningkatkan ekonomi & sosial bangsa dan agama kita.

Berdetik dihati saya " Apakah ada "hijrah" di hati anak bangsaku .......? Wallahuaalam. Dalam hati ini berkata "Aku ingin berhijrah, Ya Allah Kau suntikkanlah semangat di hati ini untuk berhijrah ke arah mengukuhkan ekonomi dan martabat diri , keluarga dan bangsaku"......

 

Isnin, 8 November 2010

Lirik Lagu : Warisan

Hayati lah lirik lagu ini....
Ia mempunyai penuh erti yang tersirat...

Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Ciri-ciri pelajar cemerlang


Assalamualaikum,
 Hujung minggu lepas saya menghadiri dua majlis yang agak besar dalam keluarga, satu majlis Kekah, satu majlis perkahwinan. Mata melilau mencari anak-anak saudara, maklumlah, inilah masa nak berjumpa dan beramah. Tapi cari, punya cari, tiga empat orang anak buah tak kelihatan, selidik rupanya masing-masing sibuk dengan persediaadn SPM & STPM. Tetiba teringan zaman sekolah dahulu. Saya masih simpan petua yang di berikan oleh guru saya semasa itu. Masa tu, apa sahaja petua dan tips yang cikgu bagi pasti saya cuba terutama waktu- waktu terakhir. Berikut adalah antara tips yang saya korek dari diari lama tahun 1990. Doa saya buat semua anak-anak saudara dan semua yang membaca blog ini akan mendapat hikmahnya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut: ( senarai ini adalah gabungan dari beberapa tip yang cikgu bagi dari awal tahun sampai saat nak exam)
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
34. Saat- saat akhir :

  • Tenang
  • Banyakkan berdoa
  • Berjumpa dengan Ibu Bapa, Nenek /datuk,Mak saudara, Bapak saudara, guru dan kawan-kawan - minta maaf dan doa restu
  • Solat hajat
  • Jangan terlalu banyak membaca ( kecuali tiada persediaan) tetapi buat semakan nota-nota ringkas sahaja
  • Tawakkal 
Semoga tip- tip ini dapat menjadi panduan . Semoga berjaya.

Sabtu, 6 November 2010

Konsep Pintar : Nash Hj Adnan - Suatu Permulaan

Assalamualaikum W.B.T
“Ini tulisan yang menggulung rentak suka nan duka yang ingin dikongsi. Tiadalah erti warkah ini melainkan sekadar mencari insaf dan sedar serta berkongsi maklumat bagi memotivasikan buat yang bernama diri. Carilah yang tersirat daripada yang tersurat di Konsep Pintar Nash Hj Adnan.”
KONSEP PINTAR NASH HJ ADNAN  konseppintarnashhjadnan.blogspot.com adalah merupakan ‘siri motivasi dan teknik pembangun diri’ untuk menerobos sempadan minda dan kemahuan, buat memancar ilham, meraih secebis rasa sedar dan insaf buat yang bernama diri.
Hidup mesti bertuju. Tanpa matlamat dan misi, apa yang diimpi pasti akan hanya sebagai angan.
Harus dibeza antara impian, harapan dan imaginasi. Ya, saya punya imaginasi yang cukup besar. Saya mahukan sesuatu yang hebat-hebat dalam hidup. Adakah itu salah? Adakah itu dikira berdosa?
Tuhan tidak pernah melarang hambanya untuk mengejar kejayaan di dunia selagi hidup di sana tidak disampingkan. Marilah kita mencari, menerobos dan menggali segala mutiara dan aura dalam diri kita.
Kita sebenarnya  mampu untuk terbang… mengapa masih mahu merangkak?